Sunday, May 13, 2012

Petua Jaafar

Elak Kek Melekat

Kita selalu menghadapi masalah bila hendak mengeluarkan sebiji kek dari loyang pembakar. Kek akan melekat terus pada loyang pembakar. Untuk itu, sebelum membakar kek, bakar dulu loyang kek dan kemudian sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum di dalam loyang pembakar. Pasti bila kek masak, ianya tidak melekat pada loyang pembakar. Mudah dikeluarkan.

Lembutkan Kek

Untuk melembutkan kek, masukkan sesudu susu pekat setiap kali kita membuat bancuhan kek. Bukan sahaja kek jadi lembut, bahkan jadi lebih sedap!

Elak Kek Jadi Lembab

Ramai kaum wanita mengeluh bila keknya jadi lembab. Untuk itu, setiap biji telur yang hendak dimasukkan ke dalam adunan kek hendaklah dipecah ke dalam mangkuk terlebih dahulu. Kemudian buang pusat yang ada dalam telur itu. Itulah penyebab kek jadi lembab.

Biskut Boleh Disimpan Lama

Untuk biskut, simpanlah semua biskut dalam tin ataupun bekas yang betul-betul kedap udara. Untuk tahan kerangupannya, taburkan sedikit gula pasir kasar dalam bekas biskut. Jika sudah lemau, anda panaskan semula dalam ketuhar beberapa minit. Dengan izin Allah, ia akan rangup semula.

Pastikan Kek Sudah Masak

Jangan buka oven terlalu kerap.Lebih kurang selepas 15 minit boleh dibuka dan cucuk dengan lidi ataupun penyungkil gigi di tengah-tengah kek. Jika lidi itu bersih, itu tandanya kek sudah masak tetapi jika ada tanda kek melekat pada lidi tersebut, ini bermakna kek belum cukup masak.

Elak Kek Tidak Menjadi

Mungkin ramai yang sudah tahu, putaran adunan kek hendaklah sehaluan iaitu ikut arah jam. Ia tidak boleh dipukul hala yang berlainan kerana dikhuatiri kek tidak menjadi.

No comments:

Post a Comment