Wednesday, June 20, 2012

BUKU RESEPI CHEF JAAFAR ONN


JAAFAR PRODUCTION SDN BHD
E-BOOK RESEPI CHEF JAAFAR ONN
Harga promosi untuk E-BUKU RESEPI CHEF JAAFAR ONN. Harga Promosi sekarang adalah RM10.00 untuk dua e-buku itu. Kamu boleh membeli dua e-buku itu dengan harga promosi kami, iaitu RM10.00. Dua buku itu 100% hak milik CHEF JAAFAR ONN.
Jika anda nak membeli dua buah e-buku itu, hantar maklumat anda ke email kami (klpaiya@hotmail.com) atau hubungi kami dalam talian 010-8249226 dan 019-3488128. Dan anda boleh membayar kami melalui bank (MAYBANK ACCOUNT: 512857053812)
    

       
          1. Hantar maklumat anda melalui email atau hubungi kami dalam talian.
    010-8249226 and 0193488128 RAJ or klpaiya@hotmail.com
    
    2. Bayar melalui bank dan hantar slip pembayaran ke email kami (klpaiya@hotmail.com).
    
    3. Hantar buku kepada anda melalui E-mail Anda.
Leaflate E-Book Resepi CHEF JAAFAR ONN



Wednesday, May 16, 2012

launch new branch (kluang)

nie sedikit gambar sepanjang majlis



antara yg dtg memeriahkan majlis




perasmian











mendapat sambutan hangat



chef jo

khusyuk mendengar



new branch














antara staf homecare


Monday, May 14, 2012

Masalah Bila Kek ataupun Biskut Tidak Menjadi

Kek Kering

Bila melihat kek kita kering sahaja pasti kita rasa kecewa kan? Ini mungkin kerana bahan pengembang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak didalamnya.

Ataupun mungkin suhu oven yang kurang panas membuatkan kek terpaksa berada lama dalam oven sebelum ia masak. Dengan itu, sebelum membakar kek, lebih baik panaskan oven dalam 15 ke 20 minit. Kemudian barulah masukkan kek.

Kek Jadi Retak

Oven yang terlalu panas pun membuatkan kek akan jadi retak dan pecah di tengahnya. Dengan itu, jangan letak kek di tingkat paling atas oven untuk mengelakkan terlalu panas. Seeloknya letak dibahagian tengah. Loyang terlalu kecil juga mungkin penyebab kek pecah di bahagian tengah.

Kek Bantat ataupun Tidak Menjadi

Mungkin cecair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik dan tidak naik bila dibakar.

Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan soda bikarbonat yang digunakan tidak sesuai ataupun mungkin tidak tepat.

Mungkin kerana cara memukul ataupun mengisar adunan tidak sehala ataupun berlebihan memukulnya ketika memasukkan tepung. Ataupun mungkin juga ketika memukul gula dan mentega tidak cukup kembang lagi putih.

Telur

Telur adalah antara bahan utama dalam membuat kek dan biskut. Untuk itu, petuanya perlulah menggunakan telur yang segar. Untuk mendapat telur yang segar lebih baik beli di pasar daripada di kedai kerana di pasar telur yang dijual tidak disimpan lama.

Selain dari itu, pilihlah telur jenis double A ataupun beratnya sekitar 60 gm sebiji. Untuk membuat biskut jangan gunakan telur yang terlalu besar kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dan dikhuatiri doh akan menjadi lembik.

Mentega

Mentega juga adalah bahan penting untuk membuat kek dan biskut. Untuk itu, kalau ingin membuat biskut pastikan mentega tidak terlalu keras kerana mentega yang keras akan mengeluarkan minyak jika dikacau berlebihan biskut akan jadi bantat. Gunakan mentega yang lembut sedikit ataupun dalam suhu bilik.

Sunday, May 13, 2012

Petua Jaafar

Elak Kek Melekat

Kita selalu menghadapi masalah bila hendak mengeluarkan sebiji kek dari loyang pembakar. Kek akan melekat terus pada loyang pembakar. Untuk itu, sebelum membakar kek, bakar dulu loyang kek dan kemudian sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum di dalam loyang pembakar. Pasti bila kek masak, ianya tidak melekat pada loyang pembakar. Mudah dikeluarkan.

Lembutkan Kek

Untuk melembutkan kek, masukkan sesudu susu pekat setiap kali kita membuat bancuhan kek. Bukan sahaja kek jadi lembut, bahkan jadi lebih sedap!

Elak Kek Jadi Lembab

Ramai kaum wanita mengeluh bila keknya jadi lembab. Untuk itu, setiap biji telur yang hendak dimasukkan ke dalam adunan kek hendaklah dipecah ke dalam mangkuk terlebih dahulu. Kemudian buang pusat yang ada dalam telur itu. Itulah penyebab kek jadi lembab.

Biskut Boleh Disimpan Lama

Untuk biskut, simpanlah semua biskut dalam tin ataupun bekas yang betul-betul kedap udara. Untuk tahan kerangupannya, taburkan sedikit gula pasir kasar dalam bekas biskut. Jika sudah lemau, anda panaskan semula dalam ketuhar beberapa minit. Dengan izin Allah, ia akan rangup semula.

Pastikan Kek Sudah Masak

Jangan buka oven terlalu kerap.Lebih kurang selepas 15 minit boleh dibuka dan cucuk dengan lidi ataupun penyungkil gigi di tengah-tengah kek. Jika lidi itu bersih, itu tandanya kek sudah masak tetapi jika ada tanda kek melekat pada lidi tersebut, ini bermakna kek belum cukup masak.

Elak Kek Tidak Menjadi

Mungkin ramai yang sudah tahu, putaran adunan kek hendaklah sehaluan iaitu ikut arah jam. Ia tidak boleh dipukul hala yang berlainan kerana dikhuatiri kek tidak menjadi.

Thursday, May 10, 2012

Latar Belakang Jaafar Onn

Jaafar Onn Awang atau lebih dikenali dengan nama Jaafar Onn merupakan seorang artis yang dikenali ramai. Beliau berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati, Muar. Dan kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Lanjutan St. Andrew Jalan Saleh Muar

Merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Anak bongsu yang manja ini begitu rapat dengan ibunya Puan Basahriah Sidin. Sering mengikuti ibunya ke majlis perkahwinan atau gotong royong kenduri kendara. Dan dari sinilah membuatkan Jaafar Onn minat memasak dan menghias pelamin begitu juga dengan gubahan bunga. 

 Menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 70-an bila beliau menyertai sebuah kumpulan tarian yang begitu terkenal di kaca TV pada masa itu. Dalam waktu yang sama, dengan bakat memasak dan mengandam yang ada juga, Jaafar Onn mengajar kaum ibu PERKEP di Jalan Pekeliling. Resepi Mi Bandung yang diajarnya telah membuka ruang luas untuk dia terus aktif menjadi tenaga pengajar selepas itu. 

Dalam tahun 1973, Jaafar Onn dipelawa oleh pihak RTM untuk menyertai rancangan masakan yang diberi nama 'Dunia Wanita' yang dihoskan Datin Paduka Zaleha Ismail. Bermula dari situlah nama Jaafar Onn dikenali ramai sebagai tukang masak. Oleh kerana bakat yang begitu mendalam dalam bidang masakan, Jaafar Onn tidak pernah jemu menyertai kursus pendek yang disediakan syarikat swasta. Jaafar menyertai kursus membuat biskut, cara menghias kek dan puding. Tidak lupa juga menyertai kursus masakan barat dan timur. Juga pernah menyertai kursus membuat kuih nyonya dan masakan India. 

Melangkah ke tahun 80-an, Jaafar Onn banyak menjadi tetamu undangan untuk memasak di dalam majalah dan tidak ketinggalan membuat demo masakan di kompleks membeli belah. Tetapi selepas itu, barulah diketahui bakat seni Jaafar Onn bukan sahaja sebagai tukang masak tetapi juga sebagai penyanyi dan juga pelakon. Datin Rosnani Jamil telah membawanya kedunia lakonan dalam telefilem pertama lakonannya yang berjudul Lagenda Lela Manja. Bermula dari situ, Jaafar Onn terus diundang membintangi banyak drama dan filem. 

 Jaafar Onn yang berbintang Libra ini juga suka kepada dunia tarian dan mempunyai kumpulan tarian sendiri. Maya Studio banyak membuat persembahan di majlis makan malam dan rancangan televisyen sekitar 80-an ke 90-an. Ramai juga artis kita yang dicungkil bakatnya dari Maya Studio seperti Liza Abdullah, Norida Ahmad, Erma Fatima, Ziela Jalil dan Radhi Khalid. 

10 tahun kemudian, dia terus beralih arah ke bidang nyanyian yang dibantu oleh penyanyi Salwa Abd. Rahman, Rohana Jalil, Azie, Lina Kamsan dan beberapa orang teman artis lainnya. Jaafar Onn juga pernah membuat album dan tidak dinafikan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Siapa sangka sejak kebelakangan ini, bakat memasak, menari, berlakon dan menyanyi dapat dirangkumnya sekali dengan membuat persembahan dimana-mana pertunjukan pentas. Tidak dinafikan, Jaafar Onn juga laku di hotel-hotel untuk menghiburkan para tetamu yang datang. Apapun yang dikecapinya kini,Jaafar Onn tetap percaya yang dorongan dari anak dan keluarga membuatkan dia dikenali hingga ke hari ini.

Monday, May 7, 2012

petua masakan di dapur


Memasak biasanya dikaitkan dengan wanita dan suri rumah. Namun dalam dunia sekarang tugas memasak telah bersilih ganti antara kaum adam dan hawa berikutan dengan peredaran zaman dan masing-masing suami isteri penat bekerja. Oleh itu, kaum lelaki seharusnya juga cuba untuk membantu isteri dalam hal masakan. Mungkin juga dalam situasi tertentu, kaum isteri tidak dapat memasak, maka tugas ini sepatutnya diambil alih oleh kaum suami. Jadi tidaklah mengharapkan makanan yang dibeli di kedai sahaja. Sehubungan dengan itu, diharap tip dan petua masakan berikut dapat membantu sesiapa sahaja yang tidak arif perihal masak-memasak di dapur.

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.


Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.


Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.


Mengelakkan Bau Hangit Nasi
  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Supaya Nasi Lambat Basi
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Mengelakkan Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.


Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.